 |
 |
 |
|
Jul 16, 2006
"Isteri tak mahu pasang badan"
Forum mengenai "Isteri tak mahu pasang badan" mendapat sambutan masyarakat. Isteri sebegini dilabelkan "isteri selekeh" yang hanya tumpu pada anak-anak dan rumah sahaja dan selalunya mengabaikan suami. Adakah ini benar-benar terjadi? Mengapa dan siapa yg harus disalahkan? Suaminya atau insterinya mungkin kedua-duanya tak memainkan peranan masing-masing atau istilah yg betul terlepas pandang tentang perkara sebegini yg dirasa kecil tetapi menjadi besar bila ada salah satu dari mereka yg mengamalkan istilah "tak apa lah" atau "tak kisahlah".
Bila terantuk, baru terngadah dan mulalah salah menyalah antara satu sama lain. Komunikasi berantakan da mulalah suami buat alasan nak cari yg lain. Cari-cari lah bang, nanti lepas beberapa tahun, masalahnya sama juga akan berulang semula..
Makin meningkat usia rumahtangga, perubahan pasti akan berlaku. Fizikal dan cara pemikiran akan berubah mengikut usia kemantangan masing-masing.
Orang lelaki menggunakan mata lebih dari mulut mereka. Lebih tepat lagi mereka kurang bercakap tapi banyak memandang atau melihat. Bila kurang bercakap maka kurang lah memuji atau mengeji apa yg dilihatnya. Mereka lebih suka menyimpan dan mengeluh dalam hati sahaja. Orang perempuan pula mengerakkan mulut lebih dari mata mereka. Kalau mereka tidak mendengar pujian atau kejian mereka tak akan nampak kekurangan mereka.
Kalau sang suami tidak ada respon pujian atau kejian, bagaimana sang isteri nak melihat kekurangan dirinya sendiri. Kita kaum wanita berubah mengikut usia. Setiap bulan kita ada pusingan. Tak tahu pula, kenapa yg dari dulu hingga kini masa mula berkenalan, lelaki akan memuja-muja pasangannya. Diberi hadiah, bergurindam bermadah. Bila dah jadi isteri, anak dah dua tiga, semuanya macam dah tak harus dilakukan. Macam salah pula memuji isteri sendiri dan dah tak perlu tunjuk kasih sayang lah lagi dan tak dihargai langsung hingga boleh keluar dalam forum mengutuk kaum-kaum isteri.
Sungguh menyedihkan. :(
Posted at 07:04 pm by bimah
Permalink
Jul 14, 2006
Kehidupan hari ini memerlukan pengorbanan yang amat sangat. Banyak keluarga muda yg saya lihat sanggup tinggalkan anak-anak untuk mecari rezeki. Tambahan pula orang sekarang banyak yg berpelajaran tinggi. Mereka mempunyai karier sebelum berumah tangga. Jadi bila sudah berkeluarga, hendak tinggalkan kerja kerja yg lama diusahakan, mereka rasa amat rugi sekali. Anak-anak terpaksalah diberi orang untuk dijaga. Atuk dan nenek sekarang pun lebih rela bekerja dari duduk dirumah hanya untuk menjaga cucu.
Pada ibu bapa muda ini, saya nak ingatkan supaya mereka pandai bagi waktu. Anak-anak mereka diberi keutamaan bukan kerja, pangkat atau apa-apa pun perkara yg lain. Maksud saya, kalau dulu si ibu bekerja selama 12 jam atau lebih, sekarang masa itu haruslah dibahagikan. Kerajaan pun sudah memberi banyak kelonggaran kepada ibu-ibu yg bekerja.
Memang penat, pagi pergi kerja, petang balik, ada pula kerja rumah. Tak payahlah nak sebutkan tentang kerja rumah ini, semua orang sudah pun tahu. Nasihat saya, biarlah ibu, ayah dah anak-anak keluar bersama dan pulan bersama juga. Ibu dan ayah ke kerja, anak ke sekolah. Bila sudah balik, ajak ayah dan anak-anak bergotong-royong untuk menyiapkan makan malam. Sambil buat semua kerja-kerja itu, masa yg sudah bersama lebih bermakna. Kemudian solat dan istirehat bersama. Boleh lah satu pihak bercerita, dan yang lain mendengar.
:)
Posted at 07:58 pm by bimah
Permalink
Jul 8, 2006
Bahasa melayu sememangnya indah, kelembutan dan kesopanan begitu terserlah. Setiap susun kata pepatah dan bidalannya disesuaikan dengan setiap espek kehidupan harian kita. Saya ingat lagi masa tinggal di kampung, dari lahir hingga ke usia remaja. Saya sekeluarga tinggal dirumah beratapkan zinc dan berdindingkan papan. Halaman dan kebun yang luas yang ada ternakan dan tanaman sekeliling rumah. Bulan Ramadhan pula disambut begitu meriah dengan bertukaran juadah waktu berbuka puasa. Malam raya dengan lampu picit untuk menyuluh jalan yang gelap. Penduduk kampung bertakbir dari satu rumah ke rumah yang lainnya. Rindunyaaa dengan suasana kampung yg damai.. Kalau ada kematian pula, suramlah seluruh kampung. Radio pun tidak kedengaran. Bila ada keramaian seperti sambutan Maulud atau perkahwinan pula, seluruh kampung ikut sama berpesta. Teringat saya waktu abang saya nak melangsungkan perkahwinannya, ibu saya akan pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk menjemput jiran tetangga dan keluarga mereka sekali. Sambil bersimpang dan duduk beradap dengan berjabat tangan, ibu akan menyampaikan hajatnya menjemput kaum keluarga tersebut dengan penuh sopan dan wajah yang gembira. Disambut pula dengan pihak yang dijemput kata aluan yang mereka dengan berbesar hati akan hadir pada majlis tersebut.
Posted at 12:47 am by bimah
Permalink
Jul 4, 2006
Bahasa melayu hari ini sudah jadi berbagai-bagai,ada yg dipendekkan ada yg diubah suai mengikut peringkat usia. Remaja hari ini lebih banyak ketawa dari bercakap. Mereka suka sangat ketawa di khalayak ramai.
Semasa pulang dari kerja, saya berjalan dgn sekumpulan anak remaja menuju ke perhentian ba. Perbualan mereka begitu lantang sekali, kebetulan kita naik bas yg sama. Perbualan mereka, "kau ni memang rabaklah!", yg lain ketawa seorang lagi sambut "Kesian rabak sey!", seorang lagi mula jawab macam balas pantun. "Aku rabak, kau lagi koyak!", hilai ketawa lagi. Dijawab, "Aku koyak, kau banyak punya tempoyak!". Suasana semakin hangat, seorang tu jawab, "Tempoyak tak pe beb jgn jadi dayak macam kau sudahlah!" Setiap kali seorang jawab yg lain akan ketawa. Saya terfikir, mungkin mereka sedang main berbalas pantun era baru. Kriatif juga anak-anak ini.
Bergurau begini boleh mencetuskan kemarahan dan pergaduhan, mereka pula boleh jadi bahan ketawa, teringat saya cerita 'Sepet'. Dialognya dipendekkan seperti "aku nak kench", maknanya nak buang air kecil. Macam cakap dlm sms kan. Apa pun bahasa yg diguna kan, asal maksudnya difahami seperti kata bai jaga dlm filem Seniman Bujang Lapok "bahasa menunjukkan bangsa".
Posted at 10:32 pm by bimah
Permalink
|
|
 |
|
 |
|